Tuesday 14 July 2015

Rakyat Menentukan Siapa Yang Jadi Pemimpin.

Setiap 5 tahun apabila tiba PRU rakyat akan keluar berpusu pusu, berpuak puak membuang undi.
Ketika itu rakyat adalah raja. Segala tuntutan rakyat di iyakan. Duit dan janji di lemparkan ke setiap ceruk. Minggu minggu berkempen seolah pesta rakyat. Pejabat pejabat lengan kuarng penghuni akibat berjaga malam meraikan pesta kempen. Setiap warung penuh penghuni di jamu calon bertanding cukup mewah. Kelayakan dan peribadi calon bukan yang utama kerana lambang parti menjadi taruhan.

Selesai sudah berpenggal penggal semenjak merdeka. Berpuluh PRU sudah dilalui. Ratusan pemimpin sudah bertukar. Pembangunan demi pembangunan dilaksanakan. Dari negara miskin berasaskan pertanian ditransformasikan kepada negara perindustrian. Upah kerja dari ratusan ringgit menjadi ribuan ringgit. Hebat sungguh transformasi negara?

               --------------------------------------------------------------

Untuk apa dan untuk siapa semua ini??? Keluh Pak Mat.
Jawab ku. "Kalau tidak untuk rakyat untuk siapa lagi, Pak Mat"

Pak Mat tidak menoleh dengan jawapan ku. Dari sisi, ku lihat bibir Pak Mat mengukir sebuah senyuman. Tidak aku pasti apakah senyum sinis atau senyum simpul.

APABILA RAKYAT CAKNA POLITIK .....